Wednesday, June 13

saat seorang insan sedang sedih mengharungi kesedihan nya seorang diri
sudah semestinya dia memerlukan seseorang yang mampu memberi sejuta kebahagiaan kepadanya
juga meluangkan sedikit waktu untuk mendengar segala masalah yang dihadapi
saya menghargai kehadiran insan yang mana pada detik dan saat sy memerlukan
dia pasti hadir untuk menemani saat2 kesedihan saya
tapii 
ia tidak kekal sehingga sekarang
cepat betul perubahan setiap insan itu berlaku
ada kalanya positive dan ada ketikanya negative
saya maafkan kamu tidak bermaksud saya lupa segala perlakuan kamu terhadap saya
saya maafkan kamu tidak bererti saya baik
saya maafkan kamu tidak bermakna saya terima segala kesakitan yang telah kamu lakukan
tetapi saya maafkan kamu dan saya terima kamu kerana sayangnya saya terhadap kamu kerana Allah
kerana Allah saya kuat berhadapan dengan segala kerenah perangai kamu yang tidak masuk akal tuu
kerana Allahu jua lah saya maafkan semua kesilapan kamu
dengan harapan 
kamu lebih menghargai kehadiran saya selepas apa yang terjadi
dengan harapan
kamu lebih mengerti erti kasih sayang yang saya luahkan
dengan harapan
kita tidak membina perhubungan yang sia2 selama berabad lamanya
saya mengharapkan sesuatu yang lebih istimewa daripada kamu
saya mengharapkan satu penghargaan yang tinggi nilainya
harapan saya besar
saya memilih bakal suami,bakal imam saya
bukan memilih teman lelaki yang hanya kekal untuk hanya sedetik waktu tapi bakal suami yang akan kekal hingga akhir hayat saya juga yang mampu membimbing saya dan mengheret tangan ini ke JannahNya
insyaAllah